Wednesday, 30 April 2014

Pengajaran Topik Aggregate Planning

Bab ini merupakan pembelajaran berhubung dengan perancangan dan pengawalan pengeluaran.  Di antara faktor yang perlu dilihat adalah seperti bilangan bahan mentah, bilangan pekerja, inventori, overtime dan subcon.  Pengeluaran mesti berpandukan kepada pesanan pelanggan.  Sekiranya melebihi, kos inventori akan meningkat.  Oleh itu sebagai Production Controller perlu bijak merancang dengan resources yang ada supaya pengeluaran dapat dikeluarkan dengan lancar.  Kaedah yang digunakan adalah level dan chase strategy.  Kebiasaanya pelajar akan keliru berapakah kuantiti atau bilangan pekerja yang perlu ada.  Oleh itu untuk memahami bab ini, aku telah menyediakan satu activity game yang memerlukan proses yang simple.  Objektif game ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar kepentingan mengawal inventori dan pengeluaran.  Di antara perkakas yang digunakan dalam game ini adalah seperti plastic straw, gunting dan pembaris.  Pelajar diberi maklumat previous demand dan perlu mengira demand baru berpandukan simple approach utk forecasting.

Sedang memotong straw mengikut saiz

Mengira production quantity

Mengatur strategi

No comments:

Post a Comment